Wednesday, January 14, 2009

Menuju Ke Putrajaya!

Secawan Goat's Milk Arabica Coffe memberiku idea untuk membahaskan satu strategi ke Putrajaya bagi satu kelas dalam PAS yang kadang-kadang kecewa dengan sikap konservatif kumpulan ulamak.

Lantas kulancarkan satu website yang bernama "KUMPULAN ERDOGAN".

Ia adalah satu perbahasan strategi. Tak mustahil sebahagian dari kumpulan ulamak boleh bersetuju dengan strategi kumpulan erdogan yang ku maksudkan.

Bagi kelas yang ku maksudkan itu "kumpulan professional" dalam PAS, mereka perlu ada satu wahana dan pentas untuk mereka bahaskan strategi secara terbuka tetapi tertutup untuk merangka satu strategi PAS ke Putrajaya.

Wahana yang dimaksudkan itu ialah satu kupasan idea dan idealisma untuk membawa parti yang dipelopori oleh kumpulan ulama ke Putrajaya dan bagaimana identiti mereka sebagai kumpulan erdogan boleh telus dengan kumpulan ulamak dalam PAS.

Ia bukanlah mitos tetapi realiti. Realiti yang PAS harus terima bahawa manusia itu berbeza. Berbagai faktor yang boleh menyebabkan perbezaan pemikiran dan strategi PAS.

Adakah website ini merupakan satu coup d'etat kepada nama Kumpulan Erdogan yang telah dicipta oleh entah siapa?

Ini akan dibahaskan dalam rentetan posting akan datang.

Sesuai dengan DNA orang Melayu yang suka berwayang dan menyembunyikan identiti mereka agar sukar untuk ku mengumpul data-data dan maklumat untuk diproses dan dianalisa.

Jika tuan-tuan mempunyai tip-off sila emailkan maklumat tuan kepada kumpulanerdogan@yahoo.com .

Semoga bertemu kembali.